Wednesday, 1 June 2016

HENTIKAN PEMBUANGAN BAYI !!


             Awwww..Comelnya. Senyuman bayi tu pon dah boleh membuatkan kita tersenyum. bayi ni insan yang sangat comel. Lahirnya mereka ini sepatutnya menambahkan lagi kebahagiaan kedua ibubapanya. Akan tetapi, tak ramai yang begitu. Ini ditunjukkan lagi dengan pelbagai kes yang dilaporkan dalam dada-dada akhbar. Tak berperikemanusiaankah mereka ini ? Bayi juga ada hak untuk hidup didunia ini !







         Kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Pada masa kini, membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja berakal pendek yang hamil untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

         Tidakkah mereka fikir dan sedar bahawa mereka telah menambahkan dosa mereka dan berlaku kejam. sudahlah berzina sehingga hamil. Lepas itu, membunuh pula anak yang tidak berdosa itu. Jika benar tidak mahukan anak itu, tidak perlulah bertindak membunuh anak itu.

         Kini, telah disediakan tempat untuk meletakkan bayi  iaitu "BABY HATCH".
Apa itu baby hatch? Bayi yang diletakkan dalam baby hatch/pusat perlindungan bayi akan diserahkan kepada OrphanCare sebelum bayi itu ditempatkan bersama keluarga angkat mereka.

        Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan 10 baby hatch di cawangan KPJ di seluruh negara. Pegawai Perhubungan Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah Fadzil berkata, satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama-sama KPJ bagi penubuhan baby hatch itu selari dengan usaha menangani kes pembuangan bayi di negara ini.

        Mungkin dengan penyediaan "BABY HATCH" seperti menggalakkan lagi kes pembuangan bayi. Akan tetapi, kita perlulah memandang juga kepada sudut positif dan tujuan utama "BABY HATCH" ini disediakan iaitu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa serta membantu pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak untuk mengambil anak angkat.

Untuk maklumat lanjut mengenai "BABY HATCH" sila klik sini