Thursday, 4 May 2017

Kenapa Slow Sangat Otak Tu!

Salam. Lately ni aku rasa cepat sangat lupa. So..aku pon cari reason kenapa aku mudah lupa. Antara sebab lemah daya ingatan adalah :

1. Tak sarapan
2. Tidur berlebihan
3. Hidu asap rokok
4. Terlebih makan
5. Kurang berfikir
6. Tak baca Quran

Skrg dh tahu la kan knapa slow sgt otak tu! Jadi berubahlah demi masa hadapan. cewahhh

Wednesday, 26 October 2016

kes berkaitan whistleblower di malaysia

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya nak buat research sikit pasal whistleblower ni..
saya student bisnes (finance) bukan student law..
tapi dekat mane saya nak dapatkan kes berkaitan whistleblower yg terjadi kat malaysia ni?

emel : shuhaiza95@gmail.com

Tuesday, 5 July 2016

TAHUKAH ANDA ?

tahukan anda bahawa tanggal 10 disember merupakan sambutan Hari Hak Asasi Manusia?

ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat tarikh sambutan hari hak asasi manusia.

#FightUnfair

video berikut menunjukkan  #FightUnfair Campaign Exposes How Homeless Children Are Treated.


video berikut menunjukkan perbezaan layanan terhadap seorang kanak-kanak. walaupun ianya adalah satu lakonan sahaja, tapi ini menunjukkan tentang realiti kehidupan. ini kerana orang ramai lebih melihat faktor luaran sahaja. contohnya, kanak-kanak yang berpakaian seperti seorang pengemis tidak mendapat perhatian ramai pun malah dia dihalau oleh seorang lelaki. sebaliknya, bagi yang berpakaian kemas adalah sangat dihargai walaupun kanak-kanak itu adalah orang yang tidak dikenali.

seharusnya, perkara ini tak patut berlaku kerana mereka berhak mendapat layanan yang sama rata!

ASSALAMUALAIKUM DUNIA.

lihatlah video ini oleh faizal tahir - assalamualaikum dunia.




video berikut merupakan persembahan oleh faizal tahir di anugerah juara lagu (AJL30).

dalam banyak-banyak persembahan pada malam itu, persembahan faizal tahirlah yang paling menarik perhatian aku. ini kerana apabila dihayati lirik lagu dan juga video yang dipaparkan yang bertemakan kemanusian di bumi syria, ia sangat menyentuh hati dan sangat meruntun perasaan aku.

faizal tahir menyampaikan lagu ini dengan gayanya yang tersendiri. latar belakang lagu dan diiringi dengan gambar-gambar yang sangat menyentuh hati dapat membuatkan kita mengetahui situasi yang berlaku di kem pelarian yarmouk dan terkini di madaya.

bertambah sayu hati aku apabila dihujung video terdapat seorang kanak-kanak yang ditanyakan soalan berikut : "what are you eating now?"
dan dia menjawab : "i'm eating grass".

orang ramai yang melihat persembahan itu juga memberi reaksi yang sama seperti aku. berikut merupakan respons dari media sosial.


Jejak Gelandangan

Salam.
Entri kali ni adalah berkaitan gelandangan. Bagi memenuhi keperluan kursus LMCK2811 sosial dan kebertanggungjawaban, kumpulan kami memilih untuk mendekati golongan gelandangan (tautan kasih bersama gelandanagan) di kuala lumpur.


sebelum itu, marilah kita mengenali sebab sedikit mengenai golongan gelandangan ini.

_GELANDANGAN_
Merupakan golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak mempunyai pekerjaan.
Golongan ini selalunya menjadikan kaki lima, bawah jambatan dan pokok-pokok rendang sebagai tempat mereka tidur dan berehat.
Majoriti antara mereka ialah kaum Melayu, diikuti Cina dan India. Tambahan lagi kebelakangan ini terdapat juga warga asing yang menjadi salah seorang daripada golongan ini.

_Antara Faktor/Punca Mereka Bergelandangan_

1. Ketiadaan pekerjaan
2. Miskin Berpendapatan Rendah
3. Miskin, Tua dan Sebatang Kara
4. Penagihan Dadah
5. Masalah Mental
6. Lari dari rumah
7. Masalah Keluarga

Masalah gelandangan di Malaysia, terutamnya di Bandaraya Kuala Lumpur tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan, bantuan perlu diberikan kepada mereka agar tidak akan ada kesan negatif yang lebih teruk akan berlaku.
+ ini kerana berdasarkan tinjauan kami pada pukul 2pagi,dapat dilihat begitu ramai gelandangan yang menjadikan kaki lima sebagai tempat tidur mereka.


berikut merupakan antara aktiviti yang kami jalankan :
1. memberikan makanan dan minuman kepada gelandangan
2. memberikan 'flyers' kepada orang awam
kotak air minuman yang akan diagihkan
flyers mengenai gelandangan
flyers diberikan kepada orang awam
ini merupakan pengalaman pertama dalam melihat gelandangan pada waktu malam dan juga memberikan bantuan makanan (nasi lemak,epal,roti dan air mineral) dan juga pakaian. mereka kelihatan begitu gembira ketika menghulurkan bantuan makanan kepada mereka. mungkin ada yang berpendapat bahawa jika bantuan seperti ini diberkan kepada para gelandangan, ini dilihat seperti menggalakkan lagi para gelandangan untuk berada di kawasan itu. akan tetapi kita perlu fikir bahawa mereka berhakdiberikan bantuan mana yang mampu bagi meringankan beban mereka. seperti yang dapat saya lihat pada malam itu, terdapat satu keluarga yang mempunyai ramai anak kecil. jadi, mereka ini perlu diberikan layanan yang sama rata dan perlu dibantu seperti menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. ini dapat membantu mengurangkan kadar bilangan gelandangan.

gelandangan yang tidur

agihan makanan kepada gelandangan

gambar kumpulan

Wednesday, 1 June 2016

HENTIKAN PEMBUANGAN BAYI !!


             Awwww..Comelnya. Senyuman bayi tu pon dah boleh membuatkan kita tersenyum. bayi ni insan yang sangat comel. Lahirnya mereka ini sepatutnya menambahkan lagi kebahagiaan kedua ibubapanya. Akan tetapi, tak ramai yang begitu. Ini ditunjukkan lagi dengan pelbagai kes yang dilaporkan dalam dada-dada akhbar. Tak berperikemanusiaankah mereka ini ? Bayi juga ada hak untuk hidup didunia ini !







         Kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Pada masa kini, membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja berakal pendek yang hamil untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

         Tidakkah mereka fikir dan sedar bahawa mereka telah menambahkan dosa mereka dan berlaku kejam. sudahlah berzina sehingga hamil. Lepas itu, membunuh pula anak yang tidak berdosa itu. Jika benar tidak mahukan anak itu, tidak perlulah bertindak membunuh anak itu.

         Kini, telah disediakan tempat untuk meletakkan bayi  iaitu "BABY HATCH".
Apa itu baby hatch? Bayi yang diletakkan dalam baby hatch/pusat perlindungan bayi akan diserahkan kepada OrphanCare sebelum bayi itu ditempatkan bersama keluarga angkat mereka.

        Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan 10 baby hatch di cawangan KPJ di seluruh negara. Pegawai Perhubungan Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah Fadzil berkata, satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama-sama KPJ bagi penubuhan baby hatch itu selari dengan usaha menangani kes pembuangan bayi di negara ini.

        Mungkin dengan penyediaan "BABY HATCH" seperti menggalakkan lagi kes pembuangan bayi. Akan tetapi, kita perlulah memandang juga kepada sudut positif dan tujuan utama "BABY HATCH" ini disediakan iaitu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa serta membantu pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak untuk mengambil anak angkat.

Untuk maklumat lanjut mengenai "BABY HATCH" sila klik sini