Tuesday, 30 May 2017

Hai ☻ 

           Hari ni nak share ttg surat mohon diserap masuk kerja. Sebelum tu, alhamdulillah aq diberi tawaran untuk diserap masuk lepas tamat latihan industri. Dapat jugak la cari pengalaman lebih dan cari duit lebih. Almaklum laa, skrg dh bulan puasa so tak lama lagi nk raya. So aq kene la cari duit lebih hehehe.

           Sebenarnya, aq diminta utk buat surat permohonan diserap masuk. Baru la nampak formal gituuu. Aq pon google la contoh surat. Hasilnya habuk pon tarakkk. Langsung tak jumpa yg berkaitan. So, aq pon main buat je la. Ni hasilnya. 

Semoga bermanfaat ♥


Friday, 26 May 2017

PEMBENTANGAN LATIHAN INDUSTRI


         Hari ni nk share ttg presentation LI aq di DMG. Slide ni pon last minute prepare. Mana taknya. SV dari UKM nak datang hari rabu (24/5/17) pagi. Hari isnin aq baru nk start buat. Apa lagi..mmg menggoogle la aq cari apa yg nk kene tulis dalam slide.Hehehe

        Alhamdulillah semua berjalan lancar. SV pon kata okay je. So, lepas ni buat report la pulak. Ni pun tinggal brapa hari je lagi nak habis praktikal. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Tup tup dah 4 bulan aq dekat DMG  Holdings Sdn Bhd (16/1/17 - 31/5/17).

        Terima kasih sebab sudi menerima aq menjadi practical student dekat sini. Terima kasih terutamanya kepada Encik Masror Sahid kerana sudi mengajar dari A to Z, share ilmu dan pengalaman beliau. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kak Kasma, Kak Fariza, Kak Linda, Fazira dan lain-lain sebab sudi berkawan dengan aq, suka ajak gaduh n paling penting.. bagi keja dekat aq. So, takde la mereput sangat aq

        Terima kasih semuaaaa. Muah ciked ❤







Thursday, 4 May 2017

Kenapa Slow Sangat Otak Tu!

Salam. Lately ni aku rasa cepat sangat lupa. So..aku pon cari reason kenapa aku mudah lupa. Antara sebab lemah daya ingatan adalah :

1. Tak sarapan
2. Tidur berlebihan
3. Hidu asap rokok
4. Terlebih makan
5. Kurang berfikir
6. Tak baca Quran

Skrg dh tahu la kan knapa slow sgt otak tu! Jadi berubahlah demi masa hadapan. cewahhh

Wednesday, 26 October 2016

kes berkaitan whistleblower di malaysia

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya nak buat research sikit pasal whistleblower ni..
saya student bisnes (finance) bukan student law..
tapi dekat mane saya nak dapatkan kes berkaitan whistleblower yg terjadi kat malaysia ni?

emel : shuhaiza95@gmail.com

Tuesday, 5 July 2016

TAHUKAH ANDA ?

tahukan anda bahawa tanggal 10 disember merupakan sambutan Hari Hak Asasi Manusia?

ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat tarikh sambutan hari hak asasi manusia.

#FightUnfair

video berikut menunjukkan  #FightUnfair Campaign Exposes How Homeless Children Are Treated.


video berikut menunjukkan perbezaan layanan terhadap seorang kanak-kanak. walaupun ianya adalah satu lakonan sahaja, tapi ini menunjukkan tentang realiti kehidupan. ini kerana orang ramai lebih melihat faktor luaran sahaja. contohnya, kanak-kanak yang berpakaian seperti seorang pengemis tidak mendapat perhatian ramai pun malah dia dihalau oleh seorang lelaki. sebaliknya, bagi yang berpakaian kemas adalah sangat dihargai walaupun kanak-kanak itu adalah orang yang tidak dikenali.

seharusnya, perkara ini tak patut berlaku kerana mereka berhak mendapat layanan yang sama rata!

ASSALAMUALAIKUM DUNIA.

lihatlah video ini oleh faizal tahir - assalamualaikum dunia.




video berikut merupakan persembahan oleh faizal tahir di anugerah juara lagu (AJL30).

dalam banyak-banyak persembahan pada malam itu, persembahan faizal tahirlah yang paling menarik perhatian aku. ini kerana apabila dihayati lirik lagu dan juga video yang dipaparkan yang bertemakan kemanusian di bumi syria, ia sangat menyentuh hati dan sangat meruntun perasaan aku.

faizal tahir menyampaikan lagu ini dengan gayanya yang tersendiri. latar belakang lagu dan diiringi dengan gambar-gambar yang sangat menyentuh hati dapat membuatkan kita mengetahui situasi yang berlaku di kem pelarian yarmouk dan terkini di madaya.

bertambah sayu hati aku apabila dihujung video terdapat seorang kanak-kanak yang ditanyakan soalan berikut : "what are you eating now?"
dan dia menjawab : "i'm eating grass".

orang ramai yang melihat persembahan itu juga memberi reaksi yang sama seperti aku. berikut merupakan respons dari media sosial.